Ini mungkin merupakan info kesihatan yang paling penting yang pernah anda baca
Syarikat 4Life  |  Bisnes     
Anda mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah kesihatan anda? Pencarian anda berakhir di sini.

Kunci kepada kehidupan sihat adalah sistem imun yang kuat dan sihat. Sistem imun merupakan satu rangkaian sel dan molekul yang canggih dan sangat menakjubkan. Ia bekerja siang dan malam untuk melindungi diri kita dari serangan virus, bakteria, mikrob, toksin dan parasit.

Sekiranya sistem imun berada dalam keadaan sihat dan kuat, ia mampu melindungi kita dari terkena berbagai macam penyakit.

Apabila kita meningkat usia, tahap kesihatan sistem imun semakin menurun dan kita terdedah kepada berbagai risiko penyakit berbahaya. Berbagai-bagai kajian saintifik yang dijalankan mendapati bahawa sistem imun kita tidak berfungsi dengan baik dan ia tidak lagi mampu melindingi kita dari serangan organisma asing.

Sistem imun terjejas teruk oleh Kekurangan Zat Makanan, Tabiat Makan Yang Buruk, Pencemaran, dan Tekanan.

Apakah Kita Masih Mempunyai Harapan?

Memperkenalkan . . . "Transfer Factor",  Penguat Imun Semulajadi.

Transfer Factor : eksklusif, telah terbukti berkesan, mensasar virus, bakteria, fungi dan parasit, membantu mengekal dan mengembalikan kesihatan sistem imun, selamat dan berkualiti tinggi.

Apa Itu "Transfer Factor" (TF)?

Pada tahun 1949, Dr. H. Sherwood Lawrence telah membuat satu penemuan yang begitu penting. Ketika membuat kajian mengenai penyakit batuk kering, yang merupakan ancaman kesihatan pada masa itu, beliau mendapati bahawa tindak balas imun boleh dipindahkan dari penderma kepada penerima melalui suntikan ekstrak sel darah putih.

Beliau juga mendapati bahawa ekstrat berkenaan perlu mengandungi faktor untuk membolehkan imuniti penderma dipindahkan kepada penerima. Dia menamakan molekul tersebut sebagai "Transfer Factor".

Penemuan TF merupakan satu peristiwa yang paling mengembirakan dunia imunolgi dalam dekad ini. Ia mewakili perubahan paradigma dalam cara kita melihat penjagaan kesihatan dan pengubatan penyakit. Fungsi TF ialah memindahkan isyarat pengenalan imun di antara sel imun agar sel-sel "muda" dapat belajar mengenali organisma mikro yang merbahaya.

Beginilah cara bayi memperolehi imuniti mereka. Ketika dilahirkan, sistem imun bayi belum lagi bijak. Dalam persekitaran yang baru ditempuhi, sistem imun bayi tidak akan mampu melawan organisma mikro yang datang menyerang dan dia akan menghadapi maut. Tindakan perlu diambil untuk mengajar sistem imun mengenali sel baik dan sel jahat.

Proses bermula dengan bayi diberikan kolostrum, susu pertama ibu kepada anaknya. Kolostrum bukan hanya mengandungi nutrien, ia juga mengandungi TF. TF dari sistem imun yang telah matang milik si ibu bertanggung jawab mengajar sistem imun bayi untuk mengenali sel baik dan sel jahat (yang perlu diperangi).  

Proses ini membuat sistem imun bayi menjadi kuat dan mampu melawan berjuta-juta organisma yang datang menceroboh. Susu formula tidak mengandungi TF, oleh itu bayi yang diberikan susu formula selalunya mudah terkena alergi dan mempunyai tahap kesihatan yang tidak baik.

Pada tahun 1989, Dr. Gary Wilson dan Dr. Greg Paddock telah berjaya mencipta teknologi untuk memisahkan TF dari kolostrum susu lembu. Melalui teknik pemisahan ini, TF tulen dapat dikumpul, dikeringkan dan dijadikan kapsul untuk kegunaan manusia.

Pada tahun 1999, penggunaan TF telah diperakui berkesan dan selamat oleh berbagai-bagai kajian klinikal di seluruh dunia. Para saintis telah mula memahami implikasi mendalam terapi TF dalam menentukan tahap kesihatan bukan hanya untuk masa kini tetapi juga di masa akan datang.

Apa Pendapat Doktor Perubatan Mengenai "Transfer Factor"?

"Tidak syak lagi Transfer Factor merupakan penemuan terpenting dalam bidang kesihatan sejak penemuan penisilin dalam tahun 1928 dan vaksin polio dalam tahun 1952. Ia merupakan langkah seterusnya dalam evolusi sains permakanan. Kesan nutrien ini ke atas sistem imun badan tiada tolok bandingnya."
Rob Robertson Jr., MD

"Transfer Factor merupakan satu pencapaian terbaik dalam bidang penjagaan kesihatan sejak beberapa dekad yang lepas. Kita sedang mengkaji kesemua potensi Transfer Factor. Rawatan semulajadi atau rawatan alternatif seperti Transfer Factor merupakan gelombang masa hadapan."
Victor Tutelian, MD, MPH

Ketika tirai abad Ke 21 sedang terbuka, molekul halus ini (TF) akan memegang kunci kepada dunia kesihatan dan kesejahteraan. Sekiranya anda mengikuti perkembangan dan teknologi terbaru dalam bidang pemeliharaan kesihatan, Transfer Factor sepatutnya berada di kedudukan teratas dalam senarai produk kesihatan atau makanan kesihatan semulajadi anda.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Transfer Factor.


* Maklumat yang dipaparkan dalam laman web ini adalah untuk pengetahuan sahaja. Ianya bukan untuk tujuan diagnosa atau merawat penyakit. Semua perkara mengenai kesihatan perlu dirujuk kepada doktor perubatan yang mahir dalam merawat sesuatu penyakit berkenaan. Pemilik laman web ini tidak memberi sebarang nasihat mengenai penjagaan kesihatan, atau mencadangkan cara perawatan samada secara terus atau tidak terus. Pemilik laman web juga tidak bertanggungjawab sekiranya pembaca memilih untuk merawat sendiri penyakit mereka.
 
*THESE STATEMENTS HAVE NOT BEEN EVALUATED BY THE FOOD AND DRUG ADMINISTRATION. THESE PRODUCTS ARE NOT INTENDED TO DIAGNOSE, TREAT, CURE, OR PREVENT ANY DISEASE 
Thanks for subscribing. Share your unique referral link to get points to win prizes..
Loading..